Artikel

Sunroof Car: Ketahui Definisi, Jenis Serta Fungsinya

By June 29, 2022 No Comments
car sunroof

Banyak kereta sekarang dah siap ada ciri panel tingkap di bumbung yang kita panggil car sunroof.

Tapi, kalau kereta anda tiada sunroof, jangan risau! Anda boleh buat modifikasi dan memasangnya pada kereta anda.

Ia boleh membuatkan kereta anda nampak elegan dan yang paling best, boleh fe-feeling macam dalam filem Hollywood keluarkan tangan semasa road trip!

Sebelum itu, jom kita kenali jenis-jenis sunroof dan kenapa anda perlu pasangkannya pada kereta anda!

Apa Itu Sunroof Kereta?

sunroof kereta

Sunroof atau nama lainnya, cermin suria, merupakan panel di atas bumbung kereta yang membenarkan cahaya, udara atau kedua-keduanya masuk ke dalam kereta.

Biasanya, ia terdiri daripada dua jenis panel iaitu panel yang diperbuat daripada logam atau material yang sama dengan atap kereta.

Lagi satu panel adalah diperbuat daripada kaca yang boleh dibuka condong atau ditarik ke belakang sepenuhnya dan cara membukanya sama macam buka tingkap di bumbung.

Panel pertama biasanya boleh ditarik ke belakang untuk mendedahkan panel kaca.

Sunroof boleh dibuka secara manual atau boleh juga disambungkan dengan remote atau butang untuk membukanya secara automatik.

Pemandu atau penumpang boleh menaikkan sedikit pada sudut tertentu atau dibuka sunroof sepenuhnya.

Namun, ia yang boleh dibuka atau dikeluarkan sepenuhnya sudah jarang dipasang pada kereta lagi.

Bukan tiada ya, cuma jarang. Tapi anda boleh saja minta mekanik untuk dibuat sebegitu.

Nak minta dekat siapa? Kami akan bagitahu di akhir artikel ini jadi teruskan baca sampai habis, ok?

Jenis-jenis Sunroof Kereta

jenis sunroof

Kalau anda nak pasang sunroof, mestilah kena tahu jenis sunroof dulu baru boleh pasang, kan?

1. Tilt-and-Slide Sunroof

Sunroof tilt-and-slide juga dipanggil sebagai spoiler sunroof.

Jenis ini dibuka secara condong di mana bahagian panel naik, bahagian depan jatuh sedikit ke bahagian pembukaan.

Biasanya ia tidak memberikan pembukaan yang besar jika dibandingkan dengan sunroof lain tetapi menawarkan kemudahan panel penyimpanan sendiri.

Kebanyakan jenis ini boleh beroperasi secara automatik dan sesuai untuk kereta yang berbumbung pendek dan tidak dapat memasang sunroof lungsur.

Contoh kereta yang menawarkan sunroof ini adalah Honda CR-X.

2. Pop Out Sunroof

Sunroof jenis ini dibuka dan ditutup secara manual dengan panel yang condong di mana panel ini biasanya terdiri daripada kaca.

Reka bentuk condongnya adalah bagi membolehkan pengudaraan atau boleh juga ditanggalkan sepenuhnya untuk membuka bumbung kereta.

Harganya adalah murah berbanding sunroof yang lain malah mudah dipasang pada apa-apa jenis kereta pun.

Contoh kereta yang sedia ada dipasang adalah seperti Porsche 944 dan Mazda RX-7.

3. Inbuilt Sunroof

Jenis ini mempunyai panel yang meluncur terbuka di antara bumbung dan atap bahagian dalam kereta yang mengurangkan sedikit ruang kepala.

Tetapi, ia memberikan bukaan penuh pada bumbung.

Kebiasaannya, ia datang dengan ciri automatik dan dari segi harganya, ia agak mahal berbanding sunroof yang lain.

Disebabkan ia dibina sebagai sebahagian daripada interior kereta yang mana sunroof ini tidak boleh ditanggalkan, ia tidak sesuai untuk semua jenis kenderaan.

Sunroof ini memerlukan permukaan atap yang luas maka ia sesuai untuk kereta seperti SUV.

4. Folding Sunroof

Folding sunroof atau rag-top menawarkan pembukaan besar seperti kereta-kereta konvertibel (convertible).

Biasanya panel ini diperbuat daripada fabrik (biasanya vynil) yang boleh dilipat kebelakang apabila dibuka.

Sunroof inilah yang boleh anda fe-feeling dalam filem Hollywood itu.

Antara contoh kereta yang menawarkan folding sunroof ialah Volkswagen Beetle dan JEEP Liberty.

Fungsi Sunroof Kereta

fungsi sunroof

Jadi, apakah fungsi sunroof sampai anda perlu pasangkan pada kereta anda?

Selain daripada memberikan impak elegen dan elemen kemewahan pada kereta anda, ia ada banyak fungsi lain.

Antaranya adalah memberikan pengudaraan yang lebih baik maka kuranglah bau-bau yang tidak menyenangkan melekat dalam kereta seperti bau hapak.

Selain itu, ia juga boleh menurunkan suhu dalam kereta terutamanya kalau parking lama bawah matahari kereta pun cepat panas.

Buka sahaja sunroof, bagi udara panas dalam kereta keluar, kemudian anda dah boleh memandu dengan tenang.

Kalau tersekat dalam trafik yang sesak, sunroof sangat berguna kerana ia boleh mengurangkan bunyi bising kereta di sekeliling anda.

Yang paling best, anda boleh menikmati pemandangan yang indah terutamanya semasa hujan sebab anda boleh melihat titisan hujan jatuh atas kaca sunroof.

Memang sesuai jika anda seorang pencinta langit!

Jadi, untuk menjawab persoalan tadi: dekat mana boleh pasang sunroof ni?

Pasang Sunroof Kereta Anda dengan Top Body Auto Garage!

top body auto garage

Kami di Top Auto Garage menawarkan perkhidmatan memasang sunroof kereta terbaik di daerah Klang. Jadi, orang Klang dah tak perlu cari tempat lain, datang sini je!

Berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang automotif, kami di Top Auto Garage memang otai dalam bab-bab pasang sunroof.

Pemasangan car sunroof bersama kami akan dilakukan secara custom, atau bahasa mudahnya; modified.

“Betul-betul boleh ke pasang sunroof ni?”

Eh, mestilah boleh!

Pemasangan car sunroof secara custom ini sudah diberi kelulusan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom.

Selagi pemasangan ini patuh pada terma dan syarat yang ditetapkan, selagi itu tiada masalah.

Berikut merupakan antara model kereta-kereta yang boleh dipasangkan sunroof (jenis 2 step & 3 step):

1. Proton

2. Nissan

3. Toyota

4. Honda

5. Perodua

Jadi, jom kunjungi kedai kami di Topbody Auto Garage, Jalan Selamat, Klang untuk pemasangan car sunroof yang berkualiti.

Nak lebih mudah, anda boleh isikan maklumat di website kami untuk dapatkan maklumat lanjut.