Artikel

Panduan Memilih Cat Kereta Untuk Pemilik Kereta

By April 23, 2020 No Comments
cat kereta

Setiap pemilik kereta pasti menginginkan warna cat kereta yang menyerlahkan gaya dan status mereka. Pemilihan kod warna cat kereta yang betul adalah penting.

Ini adalah supaya anda dapat menjimatkan masa dan wang dengan tidak perlu membazir untuk menghantar kereta anda untuk dicat semula apabila hasilnya tidak seperti yang diingini.

Sekiranya anda bercadang untuk menukar warna kereta anda sekarang, anda perlu mengetahui jenis-jenis warna cat kereta serta perbezaan setiap warna.

Ketahui lebih lanjut di dalam artikel kali ini.

Apa Itu Cat Kereta?

Fungsi cat kereta adalah bukan sahaja untuk mencantikkan kereta, malah untuk memelihara dan melindungi kenderaan juga. Kos cat kereta pula biasanya bergantung kepada kualiti.

Jenis cat kereta yang paling popular pada zaman kini kerana sifatnya yang kurang merbahaya kepada alam sekitar ialah acrylic polyurethane enamel iaitu cat yang berasaskan air. 

Cara yang digunakan untuk mengecat kereta menggunakan cat pada zaman kini ialah dengan menyapukan cat dalam beberapa lapisan dengan ketebalan sekitar 0.1mm.

Cara untuk menyapu cat dengan betul memerlukan penyediaan yang teliti dan beberapa langkah asas bagi memastikan cat dapat disapu dengan sebetulnya dan berkualiti.

Selepas lapisan cat pertama telah disapu, sejenis lapisan asas pula disapu dan kemudiannya akan dilindungi dengan lapisan jernih yang akan menjadikan cat tersebut kelihatan berkilat.

Lapisan jernih tersebut disapu untuk melindungi kualiti dan ketahanan cat. Oleh itu, ia haruslah dapat melindungi dari sinaran UV yang boleh memudaratkan cat tersebut. 

4 Jenis Cat Kereta

Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza termasuklah dalam pemilihan cat kereta masing masing. Oleh itu, pelbagai jenis cat kereta ditawarkan untuk memenuhi setiap kehendak.

Setiap jenis cat kereta akan menawarkan penampilan yang berbeza dan boleh membezakan antara kereta yang mewah dan biasa. Terdapat juga jenis cat kereta yang murah dan mahal.

Pada masa kini, terdapat empat jenis cat yang ditawarkan iaitu:

1. Cat Warna Solid (Solid Paint)

Jenis cat ini adalah yang termurah dibandingkan dengan yang lain dan ia hanya cat asas yang tidak mempunyai sebarang campuran dan hanya disaluti lapisan jernih sebagai pelindung.

Walau bagaimanapun, kini kebiasaannya cat ini tidak lagi disaluti dengan lapisan jernih kerana ia menggunakan campuran cat acrylic dan isocynate menjadikan ia lebih kuat dan tahan lama.

Cara ini juga dapat mengurangkan kos proses. Namun, warna cat solid adalah agak kurang menarik kerana ia tidak berkilat oleh itu pilihan warna yang ditawarkan juga kurang pelbagai.

Antara warna yang biasa ditawarkan termasuklah putih, merah, biru, dan kuning. Proses baik pulih juga adalah murah dan mudah untuk jenis cat ini.

Namun, jenis cat solid ini sukar untuk bertahan lama dan mudah kusam dan pudar selain agak sukar untuk dicuci.

2. Cat Warna Metalik (Metallic Paint)

Jenis cat ini tidak mempunyai begitu banyak perbezaan dari cat solid di mana ia mempunyai serbuk logam. Disebabkan ini lah harga jenis cat ini lebih mahal berbanding cat solid.

Yang membezakan jenis, harga, dan kualiti cat ini ialah jenis, saiz, dan kandungan serbuk logaml yang dicampur ke dalam cat kerana inilah yang mempengaruhi kesan kilat cat tersebut.

Cat metalik adalah mudah dijaga dan dicuci juga keaslian warna asalnya tahan lama. Kesan calar juga sukar untuk dilihat dan pilihan warna jenis cat ini adalah amat pelbagai.

Jenis cat ini juga antara pilihan yang paling popular tanpa mengira jenis dan harga kenderaan tersebut.

Antara kesulitan cat ini ialah ianya agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar benar sama jika memerlukan kerja baik pulih.

3. Cat Kilauan Mutiara (Pearlescent Paint)

Jenis cat ini ialah pilihan premium yang semakin popular. Berbanding cat metalik, jenis cat ini dicampurkan dengan kristal seramik dan bukannya serbuk logam.

Selain dari kesan berkilat, jenis cat ini boleh membiaskan cahaya dan menukar warna mengikut kecerahan atau warna cahaya, lengkuk badan kereta dan arah sudut pandangan.

Efek ini amat unik dan dramatik menyebabkan ramai tertarik dengan jenis cat ini. Warna yang ditawarkan juga pelbagai tetapi yang paling popular ialah warna putih mutiara.

Harganya agak mahal bergantung kepada jenis dan saiz kereta serta kualiti cat. Penjagaannya lebih kurang sama dengan cat metalik cuma lebih biasa digunakan oleh kenderaan mewah.

4. Cat Kemasan Kusam/Mati (Matte Finishes)

Jenis cat ini tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh menyebabkan kenderaan kelihatan kurang menarik kerana sifatnya yang kusam dan tidak berkilat.

Cat ini lebih sesuai digunakan oleh kenderaan jenis berprestasi tinggi atau jenis sporty. Terdapat pelbagai jenis warna yang ditawarkan namun warna yang popular ialah hitam atau kelabu.

Jenis cat ini dicampurkan dengan kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi untuk mencapai efek tersebut yang boleh kelihatan amat menarik jika bersesuaian dengan kereta.

Cat mati ini adalah amat mahal dan boleh mencecah sehingga RM10K bergantung kepada kualiti kerana ia memerlukan kepakaran yang tinggi berbanding cat lain.

Penjagaannya juga amat leceh dan sebarang calar akan amat mudah kelihatan. Proses baik pulihnya juga adalah amat sukar berbanding yang lain. 

Faktor Yang Membezakan Harga Warna Cat Kereta

Salah satu faktor penyebab perbezaan harga berlaku dalam pengecatan kereta selain pemilihan jenis cat ialah kerana jenis bilik spray yang digunakan iaitu sama ada oven atau spray boot.

Oven

Ianya adalah sebuah bangunan dengan ruang tertutup yang mempunyai saluran udara dan system pemanas yang boleh membantu mempercepatkan proses pengeringan cat.

Dengan ini, cat dapat kering tanpa mengira cuaca dan sesi pengecatan boleh dilakukan pada bila bila masa termasuk waktu malam dan mengambil masa dalam kurang sehari untuk kering.

Spray Boot

Ianya adalah ruang tertutup yang tidak mempunyai sebarang bantuan mesin pengeringan. Proses pengecatan yang terbaik boleh dilakukan pada waktu tengah hari dan ketika cuaca panas.

Jenis bilik spray ini mengambil masa lebih lama untuk proses pengecatan dan pengeringan siap secara keseluruhan namun bayarannya lebih murah berbanding dengan oven.

Senarai Harga Cat Kereta Top Body Works

Top Body Auto Garage Sdn Bhd ialah sebuah bengkel automotif yang telah beroperasi selama lebih dari 25 tahun yang mempunyai pelbagai servis dengan harga yang berpatutan.

Mereka juga sangat berpengalaman dalam perkhidmatan cat kereta di Shah Alam dan mempunyai dalam 30,000 pelanggan yang mempercayai dan telah menggunakan khidmat mereka.

Antara servis yang ditawarkan termasuk cat 2K, cat 2K touch up, membaiki kenderaan akibat kemalangan, dan memasang sunroof.

Senarai harga perkhidmatan adalah seperti berikut:

Antara kelebihan Top Body Auto Garage yang menyebabkan ia merupakan antara pilihan yang terbaik adalah mereka menggunakan cat 2K yang berkualiti tinggi.

Mereka juga menawarkan pelbagai pilhan warna terkini yang popular selain menggunakan teknologi oven-baked. Servis lain yang ditawarkan ialah menggunakan mesin ‘jack-body’.

Ini bertujuan untuk membaiki badan kereta yang remuk akibat kemalangan dan sebagainya. Seterusnya, mereka juga menyediakan khidmat ubahsuai kereta dari awal sehingga siap.

Selain itu, mereka menggunakan bahan mentah yang mengikuti spesifikasi automotif Malaysia dan sentiasa memastikan kerja kerja kemasan di bengkel kemas, bersih dan berbaloi dengan bayaran.

Top Body Auto Garage juga menyediakan jaminan sehingga 10 tahun bagi kereta yang terpilih. Bagi pelanggan muslim, mereka juga menggunakan hukum akad untuk servis servis mereka.

Berita baik untuk semua!

Mengikut MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, bengkel merupakan perkhidmatan (non-essential) di bawah perintah kawalan.

Ini bermakna, bengkel kami akan sentiasa dibuka sepanjang perintah kawalan pergerakan berlangsung (18 Mac – 28 April 2020).

Anda boleh mengikuti SOP seperti berikut:

S.O.P Penerimaan Kereta Covid -19

S.O.P keluar/masuk kereta (COVID -19)

  1. Berurusan mengenai harga, kualiti, dan masa melalui Whatsapp (www.wasap.my/60122111403), Facebook, dan lain lain.
  2. Pelanggan dan staf wajib memakai topeng muka yang menepati syarat.
  3. Jika perlu bersemuka, jarak minimum antara satu sama lain hendaklah dalam lingkungan 1 meter.
  4. Kereta dan kenderaan akan disanitasikan oleh “Penyelaras kebersihan COVID-19” kami sebelum dan selepas servis.
  5. Pelanggan tidak dibenarkan menunggu dan pergerakan di bengkel adalah sangat diterhadkan.
  6. Pembayaran hanyalah di atas talian di akaun: 

AFFIN Bank

10070047951

Topbody Auto Garage

  1. Pelanggan hendaklah sentiasa peka dan patuhi arahan terkini dari pihak Kerajaan Malaysia.
  2. Premis kami akan dikendalikan dalam keadaan berkunci dan dalam kawalan kebersihan yang maksimum.

Harap para pelanggan maklum dan dapat bekerjasama mengikuti arahan yang tertakluk.

Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di:

  1. Laman web kami
  2. Akaun Facebook kami 
  3. Datang ke kedai kami di Klang

Jadi apa tunggu lagi? Hubungi Top Body Auto Garage sekarang untuk mendapatkan khidmat terbaik mereka!

Leave a Reply