Kereta kemik baru lepas kemalangan? Pening kepala nak cari mekanik yang menyediakan servis dan alat ketuk body kereta dengan harga yang berpatutan?
Jangan panik, Top Body Auto Garage Sdn Bhd sedia membantu. Dengan menyediakan servis ketuk cat kereta terbaik, bengkel ini dijamin berbaloi!
Sesetengah orang tak tahu nak pilih bengkel kereta yang elok. Takut-takut lepas dibetulkan, tapi cat tak sama dengan yang lama.
Itulah yang akan terjadi sekiranya anda tak pergi kepada pakar. Kalau nak tahu macam mana pakar sebenar boleh membetulkan kenderaan anda, baca artikel ini sehingga habis.
Kelebihan Top Body Auto Garage
Sebagai bengkel yang telah beroperasi dan berkhidmat dalam bidang cat automotif selama lebih dari 25 tahun, kami sedia membantu anda dengan pelbagai servis yang kami sediakan.
Kami jamin akan memberikan khidmat ketuk cat kereta terbaik disamping menawarkan harga ketuk kereta di 2020 yang amat berpatutan.
Sama ada mengetuk dan mengecat kereta anda untuk membantu memulihkan dari kesan kemalangan ataupun bantu hobi anda dalam mencantikkan kereta, kami sedia berkhidmat!
Selaras dengan moto kami iaitu ‘We deliver masterpiece’, kami sentiasa pastikan hasil kerja kami hanyalah yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan pelanggan kami.
Kami mempunyai 30,000 pelanggan yang mempercayai dan telah menggunakan perkhidmatan kami di sekitar Lembah Klang.
Di antara keistimewaan di syarikat kami ialah kami menggunakan cat 2K berkualiti tinggi yang terdiri daripada pelbagai pilihan warna terkini di samping menggunakan teknologi oven-baked.
Kami juga menggunakan mesin ‘jack-body’ untuk membaiki badan kereta yang remuk. Selain itu, kami menyediakan khidmat ubahsuai kereta dari mula sehingga siap.
Selain itu, kelebihan di syarikat kami ialah kami menggunakan bahan mentah yang mengikuti spesifikasi automotif yang diperlukan di Malaysia.
Kami juga sentiasa memastikan kerja kerja kemasan di bengkel kami kemas, bersih, dan berbaloi dengan bayaran yang dikenakan, yang juga amat berpatutan.
Syarikat kami akan berusaha sehabis baik untuk memberikan servis kelas pertama disamping menawarkan harga ketuk body kereta yang berpatutan untuk para pelanggan kami.
Top Body Auto Garage juga menyediakan jaminan sehingga 10 tahun bagi kereta kereta yang terpilih. Bagi pelanggan muslim kami, bengkel kami juga menggunakan hukum akad untuk servis servis kami.
Adakah anda tertanya tentang servis yang kami sediakan untuk membantu kereta anda yang kemik akibat kemalangan atau sebagainya?
Di antara servis yang kami tawarkan adalah:
1. Dent Bridge Glue Puller Kit
Untuk servis ini, bahan bahan yang akan digunakan ialah hot glue gun, glue sticks, set perumah pulling bridge, tap-down tool dan scrapper.
Cara ini hanya boleh dilakukan untuk kemek kecil.
2. Dent Lifter Glue Puller Kit
Untuk servis ini, bahan bahan yang akan digunakan ialah hot glue gun, glue sticks, set perumah lifter puller, tap-down tool dan scrapper.
Cara ini juga hanya boleh dilakukan untuk kemek kecil.
3. Dent Slide Hammer Kit
Untuk servis ini, bahan bahan yang akan digunakan ialah hot glue gun, glue sticks, slide hammer, tap-down tool dan scrapper.
Cara ini boleh dilakukan untuk kemek kecil tetapi amat berkesan.
4. Dent Nylon Tap Knock Down
Cara ini digunakan untuk memperkemaskan hasil baik pulih.
Dengan menggunakan cara ini dapat membetulkan jikalau badan kenderaan kelihatan tidak rata seperti sepatutnya.
5. Dent Cup Puller Tool Kit
Untuk servis ini, bahan yang diperlukan ialah dent cup puller tool dan proses untuk membaiki sangat mudah.
Cara ini juga boleh digunakan untuk kemek yang bersaiz sederhana.
6. Pam Tandas
Cara ini hanya boleh digunakan dengan beberapa syarat iaitu kemek tersebut baru terjadi, bersaiz kecil, tidak terlalu dalam dan bahagian kemek hendaklah lembut.
7. Hook Dent Removal
Alat alat yang digunakan melalui cara ini terdiri dari pelbagai saiz bergantung kepada kemek tersebut dan alat alat ini akan digunakan untuk menolak keluar kemek yang sukar dicapai.
8. Flat Hammer & Dolly
Cara ini hanya akan menggunakan dua alat iaitu tukul besi berkepala rata dan besi dolly yang mempunyai pelbagai bentuk.
Tukul akan digunakan untuk mengetuk badan kereta dan di atas badan yang diketuk itu akan dialaskan menggunakan dolly untuk memperoleh bentuk asal badan kereta.
9. Oxyacetylene Welding
Cara ini menggunakan api oxyacetylene untuk melembutkan badan kereta untuk diketuk kembali ke bentuk asal. Kikir juga mungkin akan digunakan jika ketukan tersebut tidak rata.
Selain kikir, cara ini juga akan memerlukan cat kerana apabila dibakar, badan kereta akan meninggalkan kesan dan cat akan hilang oleh itu bahagian tersebut perlu dicat semula.
Seperti yang dapat dilihat melalui keterangan d iatas, kami mempunyai pelbagai cara untuk membantu anda memulihkan kemek pada kenderaan anda.
Pilihan pilihan ini ditawarkan untuk memenuhi keperluan, permintaan, dan kemampuan para pelanggan kami yang berlainan.
Kami juga akan memberikan nasihat akan pilihan mana yang terbaik buat mereka dan kenderaan mereka. Oleh itu, izinkan kami bantu dan memudahkan perjalanan anda dengan kami hari ini!
Bengkel kami, Top Body Auto Garage Sdn Bhd, ditubuhkan untuk menyahut seruan kerajaan untuk menceburi bidang keusahawanan bagi kelas pertengahan.
Disebabkan ini, kami akan pastikan servis yang diberikan adalah yang terbaik dengan harga yang berpatutan kerana kami memahami keperluan anda.
Misi kami adalah sentiasa untuk memberikan servis terbaik dalam bahagian ketuk body kereta di Shah Alam, Klang, dan kawasan sekitarnya.
Kami juga menawarkan servis dengan menggunakan teknologi terkini supaya hasil yang diberikan adalah servis kelas pertama dan dapat memuaskan hati para pelanggan kami.
Antara servis lain yang kami tawarkan adalah:
– Pasang dan baiki sunroof
– Pasang dan baiki cermin kereta
– Baiki dan ganti bahagian bahagian kereta
Berita Baik Sempena Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19
Mengikut MAJLIS KESELAMATAN NEGARA, bengkel merupakan perkhidmatan (non-essential) di bawah perintah kawalan.
Ini bermakna, bengkel kami akan sentiasa dibuka sepanjang perintah kawalan pergerakan berlangsung (18 Mac – 14 April 2020).
Anda boleh mengikuti SOP seperti berikut:
S.O.P Penerimaan Kereta Covid -19
S.O.P keluar/masuk kereta (COVID -19)
1. Berurusan mengenai harga, kualiti, dan masa melalui Whatsapp (www.wasap.my/60122111403), Facebook, dan lain lain.
2. Pelanggan dan staf wajib memakai topeng muka yang menepati syarat.
3. Jika perlu bersemuka, jarak minimum antara satu sama lain hendaklah dalam lingkungan 1 meter.
4. Kereta dan kenderaan akan disanitasikan oleh “Penyelaras kebersihan Covid-19” kami sebelum dan selepas servis.
5. Pelanggan tidak dibenarkan menunggu dan pergerakan dibengkel adalah sangat diterhadkan.
6. Pembayaran hanyalah di atas talian di akaun:
AFFIN Bank : 10070047951
Nama akaun: Top Body Auto Garage
7. Pelanggan hendaklah sentiasa peka dan patuhi arahan terkini dari pihak Kerajaan Malaysia.
8. Premis kami akan dikendalikan dalam keadaan berkunci dan dalam kawalan kebersihan yang maksimum.
Diharapkan para pelanggan maklum dan dapat bekerjasama mengikuti arahan yang tertakluk.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami segera dan ikuti Facebook kami.